Pages

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjenguk dan menjengah blog saya....

Untuk pengetahuan semua, saya mengusahakan perbagai jenis bahulu . Jika anda berminat dan ingin membuat sebarang tempahan
utk Majlis Pertunangan, Perkahwinan, Jamuan-Jamuan dsbnya, Hubungi saya : Puan Azizah
Hp no. : 012-3243197.
Email : Azizah_j@yahoo.com
Fb : www.facebook.com/pages/Bahulu/201483589962186

Saturday, 1 September 2012





BAHULU IKAN - SESUAI UNTUK HANTARAN
SAIZ BESAR 12" - RM10.00
SAIZ MEDIUM 8 " - RM5.00
Pada 29/8/2012 Rabu 12.00 pm, bertempat di Blok 13, Jalan Plumbum 7/96, Seksyem 7 Shah Alam, rakaman untuk program APA KATA WANITA - ZAMZARINA. Saya telah di temuramah oleh penerbit AKW puan Nurul Farah Natasya berkenaan perniagaan saya dan segala aktiviti dan produk saya turut dirakamkan untuk dimasukkan dalam program AKW.
Ianya akan disiarkan pada hari AHAD 2/9/2012, JAM 3 PTG DI TV1...ULANGAN PADA JUMAAT TV2 JAM 1 PTG.

Monday, 2 April 2012

Assalamualaikum,

Saya baru ada masa untuk update Blog saya ini kerana sibuk menghadiri seminar Intensif Advance Marketing Power Dr Azizan Osman pada 30//3, 31/3 & 1/4/2012 di Wisma MCA, terlalu banyak ilmu dan tunjuk ajar saya dapat bagi mengembangkan lagi pasaran produk saya.

Dr Azizan Osman telah memberi 200 tips STRATEGI PEMASARAN dan wajib bagi saya untuk mempraktikkannya SECEPAT MUNGKIN. 'BERTINDAK DENGAN CEPAT & AGRESIF"

^MARKETING IS MY BUSINESS^
^I'M A PROMOTER^
^I LOVE TO SHARE WITH OTHERS^


Wassallam...


Tuesday, 27 March 2012

Monday, 19 March 2012

BAHULU ENAK RASA


Bahulu Cermai berperisa Strawbery & 
Chocolate Rise
Bahulu Cermai

Bahulu yang saya usahakan ini adalah warisan dari emak saya iaitu Hajah Rokiah Dawam. Beliau adalah seorang ibu tunggal dan beliau merupakan seorang Usahawan Kuih Bahulu TERKENAL di Kampung Pengkalan Samak, Merlimau, Melaka. Bahulu beliau amat digemari dan mendapat tempahan di seluruh negeri Melaka juga di negeri-negeri lain. Beliau telah mulakan perniagaan sejak dari tahun 1998. Beliau juga mempunyai syarikat beliau sendiri iaitu Rakiah Jaya Enterprise.

Berbalik kepada bahulu yang saya usahakan ini, resepi bahulu ini adalah SERATUS PERATUS (100%) resepi bahulu emak saya iaitu Puan Hajah Rokiah Dawam.

Saya sebagai anak ingin meneruskan warisan ini agar ianya terus berkembang dan tidak berkubur begitu saja.

Saya juga telah mendapat sumbangan MIXER sebagai pembakar semangat untuk memulakan produk makanan tradisional ini.

Pada Februari 2012 , saya telah menyertai seminar Pembangunan Minda Usahawan anjuran Dewan Perniagaan melayu Putrajaya & Dewanita Putrajaya. Insyallah saya akan menyertai lebih banyak seminar juga kursus-kursus keusahawanan agar saya dapat menambah dan menimba ilmu untuk memajukan perniagaan yang baru saya mulakan ini. Juga saya berazam akan menambah menu supaya tidak bertumpu pada satu produk makanan sahaja.
Bahulu kemboja(kuih Bakar)


Bahulu Kemboja(kuih bakar)
Bahulu Pecah Lapan & 
bahulu Marble